Temukan jutaan ebook, buku audio, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir
Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir
Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir
eBook152 halaman1 jam

Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir

Penilaian: 5 dari 5 bintang

5/5

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

Maaf, ini bukan buku cinta atau novel geli-geli seperti yang anda harapkan. Travelog ini ada sesuatu yang lebih penting daripada semua itu sebenarnya.

Travelog yang menghimpunkan 13 kisah-kisah benar yang berlaku di Mesir ini diceritakan semula dalam bentuk catatan penulis bagi menghidupkan kembali hati yang semakin layu dalam dunia keselesaan.

Dinamakan sebagai "Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir" kerana kesemua kisah ini diperoleh oleh penulis sepanjang keberadaannya di bumi Mesir. Simbol "Ar-Rayyan" digunakan bagi menunjukkan semua pengalaman ini dicedok oleh penulis ketika beliau berada di sana khusus dalam bulan Ramadan sepertimana yang digambarkan melalui hadis Nabi sollallahu 'alaihi wasalam yang menamakan pintu syurga Ar-Rayyan itu khusus bagi orang yang berpuasa.

Travelog yang menghimpunkan pelbagai kisah-kisah benar ini cuba diabadikan dalam sebuah buku bagi menyuntik kembali semangat untuk meningkatkan amal ibadah dalam kehidupan seharian seorang manusia, lebih-lebih lagi apabila menjelang tibanya bulan Ramadan.

Semoga tulisan ini dijadikan Allah subhanahu wa ta'ala bermanfaat bagi semua yang membacanya dan menjadi pemberat kepada amal timbangan penulis di akhirat kelak mudah-mudahan.

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis22 Jun 2018
ISBN9781386415541
Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir

Terkait dengan Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir

E-book terkait

Perjalanan untuk Anda

Lihat Selengkapnya

Ulasan untuk Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir

Penilaian: 5 dari 5 bintang
5/5

1 rating1 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

  • Penilaian: 5 dari 5 bintang
    5/5
    Sangat menginspirasi, karena kita bisa mengambil berbagai pelajaran hidup dari si penulis.

Pratinjau buku

Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir - Amirul Azmeer Asmadi

MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR

AMIRUL AZMEER BIN ASMADI

KANDUNGAN

PRAKATA   2

KATA PENGANTAR   4

DOAKAN GAZA!   6

KEMISKINAN YANG MENGINSAFKAN   11

KEBIJAKSANAAN STRATEGI ORANG MESIR   15

TERLAMBAT BERBUKA   21

RAMADAN KEDUA DI MASJID AMRU   27

TAHANAN BERBUKA PUASA   32

BERBUKA DI RUMAH ORANG MESIR   38

IMAM YANG BUTA PENGLIHATAN   44

SI ADIK BUTA YANG MENGAGUMKAN   51

JELAJAH MASJID 1   56

JELAJAH MASJID 2   80

WAHAI BUDAK   101

PESAN SYEIKH   105

GLOSARI   110

BIODATA PENULIS   113

PRAKATA

بِسمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم

ALHAMDULILLAH, SEGALA puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat bersama-sama menikmati pelbagai nikmat yang dikecapi dalam dunia yang serba mencabar pada hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasalam kerana dengan perjuangan dan pengorbanan Baginda, hari ini kita masih lagi dapat menikmati nikmat iman dan islam yang disampaikan melalui rantai-rantai perjuangan Nabi sollallahu ‘alaihi wasalam dan para sahabat radiallahu ‘anhum terdahulu.

Sabda Nabi sollallahu ‘alaihi wasalam :

نِعمَتَانِ مَغبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالفَرَاغُ

Maksudnya: Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, (nikmat) sihat dan masa lapang.

(Hadis hasan sahih)

Kebanyakan dari kalangan umat Islam hari ini hidup dalam dunia yang terlalu penuh dengan kenikmatan dan keselesaan. Walaupun tidak dinafikan dari satu sudut memang rata-rata dari kalangan umat Islam ramai yang hidup dalam serba kemiskinan dan kesusahan, namun di samping itu masih ada juga sebahagian besar lain yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan yang dibimbangi semakin melalaikan tanpa memikirkan yang lain.

Akibat daripada kenikmatan dan kesenangan yang mudah diperoleh ini menyebabkan kebanyakan daripada kita hari ini tidak merasai kepentingan sesuatu nikmat itu untuk dihargai dengan sebaik yang mungkin. Lantas kesan yang terhasil daripada semua itu akhirnya menghasilkan satu peribadi manusia yang selalu bertindak sambil lewa terhadap segala nikmat dan peluang yang ada di hadapan mata baik dari sudut pekerjaan duniawi mahupun pekerjaan ukhrawi.

Buku Travelog ‘Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir’ ini ditulis dengan tujuan untuk menghidupkan kembali semangat untuk berlumba-lumba meningkatkan amalan bagi hati yang semakin tenggelam dalam dunia keselesaan. Dengan berkisarkan kepada kisah-kisah benar yang berlaku ke atas diri penulis sepanjang keberadaannya di bumi Mesir khusus dalam bulan Ramadan, ada sebahagian kisah yang diceritakan di dalam tulisan ini memberi kesan yang mendalam kepada dirinya yang dirasakan perlu dinukilkan semula untuk menjadi tatapan dan renungan semua sebenarnya.

Lantas disebabkan itulah bentuk penulisan di dalam buku yang memuatkan sejumlah 13 bab ini disertakan pada setiap satunya dengan pengajaran-pengajaran penting yang perlu diberi perhatian oleh semua, lebih-lebih lagi bagi diri yang menulis ini terutamanya.

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberkati penulisan ini dan menjadikannya sebagai salah satu daripada pintu-pintu hidayah yang bermanfaat buat semua yang membaca sekali gus mengetuk hati-hati yang terleka supaya kembali semula untuk mengingati-Nya pada setiap masa, insyaAllah.

Amirul Azmeer Bin Asmadi,

30 September 2015,

Kaherah, Mesir.

KATA PENGANTAR

PENGALAMAN MERUPAKAN satu catatan yang cukup bermakna dalam kehidupan. Kata pepatah Inggeris ‘Experience is the best teacher in your life’.Jika kita ambil analogi seorang pemain bola sebagai contoh, pemain bola yang hebat bukanlah lahir dengan bakat semata-mata. Bukanlah lahir dengan banyaknya latihan, tetapi lahir satu usaha kolektif yang bersepadu antara latihan, teori dan yang paling penting pengalaman sebenar turun ke padang bola beradu tenaga dengan pasukan lawan.

Negara Mesir merupakan satu negara yang cukup baik untuk menangguk segugus pengalaman hidup. Tekstur negara yang lebih kasar, berlatarbelakangkan padang pasir Afrika yang luas dan buas, dihuni oleh keturunan Qibti yang besar tubuhnya, garang bahasanya, kuat nada suaranya, Mesir amat membantu seorang hamba Allah untuk menghiasi nota kehidupannya dengan pelbagai warna. Kata orang Mesir pula, Mesir merupakan bumi dua figura, satu Nabi Musa ‘alahisalam, kedua, Firaun laknatullah, penghuninya bisa memilih mana satu jalan pilihan dalam kehidupan. Pepatah lain pula berbunyi, Bumi ini terkandung dalamnya mutiara di sebalik debu.

Buku Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir, merupakan salah satu buku yang menunjukkan jalan ke arah mutiara tersebut ibarat sekeping peta ke arah harta karun. Buku ini seperti guru kerana menghimpunkan catatan pengalaman seorang daripada penuntut di bumi ini. Akh Amirul Azmeer merupakan salah seorang yang tidak lokek untuk membantu insan yang lain. Keberadaan beliau dalam persatuan PERUBATAN menambahkan rencah kemajuan dan inovasi memberi nafas baru ke dalam unit-unit yang berada di bawah pantauannya.  Semestinya catatan pengalaman yang terbuku dalam kitab ini bakal menjadi satu mutiara buat pembacanya.

PERUBATAN bervisikan PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk professional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten berhasrat untuk melahirkan ahli yang berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri malah buat umat Islam keseluruhannya, Buku ini amat membantu PERUBATAN dalam memberi simbolik kepada ahli, bahawa mahasiswa sains kesihatan di bumi Mesir boleh menjadi seperti pohon yang berbuah lebat, sentiasa memberikan sumbangan buat sesiapa yang melewatinya.

PERUBATAN merakamkan jutaan tahniah kepada Akh Amirul Azmeer Asmadi atas penghasilan buku ini. Semoga penghasilan buku ini akan menggalakkan ahli untuk lebih banyak berkongsi ilmu dan menghasilkan karya demi manfaat orang ramai. Semoga penulis juga dikurniakan ihsan dan istiqamah.

Sekian, seeru ‘ala barakatillah.

Haniz Iqbal Bin Hazaidi,

Presiden,

Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2015/2016.

DOAKAN GAZA!

PETANG ITU SENGAJA kami ingin mengambil angin baru menunaikan solat tarawih bukan di tempat biasa. Beza Ramadan di Mesir, anda boleh memilih untuk menunaikan solat di berbagai-bagai jenis masjid yang ada kerana masjid-masjid yang terdapat di Mesir ini sangat banyak bilangannya walau dalam satu daerah yang sama sekalipun.

Berbeza dengan keadaannya bagi kebanyakan orang kita di Malaysia. Orang kita kebiasaannya akan cenderung untuk menunaikan solat di masjid yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Paling hampir dengan rumah. Paling sedap bacaan imamnya. Paling pendek solatnya. Tetapi kalau anda berada di Mesir, ketiga-tiga faktor ini tidak akan terlalu mempengaruhi faktor pemilihan anda sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika jiwa anda adalah seperti saya, jenis yang suka berjalan-jalan meneroka benda-benda baru di merata tempat.

Maka di petang 26 Ramadan itu kami memilih untuk  bersolat tarawih di Masjid Amru. Masjid yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia malah warga

Menikmati pratinjau?
Halaman 1 dari 1