Temukan jutaan ebook, buku audio, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

Sumpah Demi Tuhan
Sumpah Demi Tuhan
Sumpah Demi Tuhan
eBook100 halaman1 jam

Sumpah Demi Tuhan

Penilaian: 0 dari 5 bintang

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

SUMPAH DEMI TUHAN

 (KHUDA KI QASAM)

     Dalam sejarah manusia, pernahkah ada individu yang membuat pendakwaan dan berbohong dengan menjadikan Allah sebagai saksi terhadap kemusnahan dirinya sendiri dan meskipun begitu dia tetap hidup untuk melihat misinya berhasil?

     Mirza Ghulam Ahmad as dari Qadian, India, Pembaharu yang Dijanjikan pada Akhir Zaman adalah orang yang dimaksudkan.

     Akhirnya, terjemahan Bahasa Malaysia bagi buku bahasa Urdu yang mengandungi sumpah-sumpah atas nama Tuhan, telah dapat disiapkan di bawah tajuk "SUMPAH DEMI ALLAH".

     Buku ini mengandungi 47 sumpah yang dibuat oleh Pembaharu yang Dijanjikan untuk membuktikan kebenarannya bahawa dia telah datang sebagai Pembaharu Akhir Zaman (Reformer of The Latter Days) bagi semua agama utama dunia yang sedang menantikannya.

     Di dalam bukunya, beliau berulang kali menyatakan, "Aku bersumpah demi Tuhan yang telah mengutusku yang berdusta ke atas-Nya merupakan perbuatan terkutuk bahawa Dia-lah yang telah mengutus aku sebagai Al-Masih Yang Dijanjikan".

     Beliau berkata, "Aku menyatakan dengan penuh keyakinan dan teguh bahawa aku berada di sisi yang benar dan dengan rahmat Allah, aku akan menang dalam perjuangan ini".

     Betapa indah doanya, "Wahai Tuhanku, Yang Maha Pemberi Nikmat! Tuhan kami yang Rahim (Maha Mengasihani) terhadap kesengsaraan, perkenankan semua doa-doaku dan kurniakanlah kemenangan ke atas kami terhadap musuh-musuh kami dengan tanda-tanda yang jelas dan nyata. Sesungguhnya, Dia adalah yang Maha Agung yang mempunyai segala kekuatan dan kekuasaan yang mutlak. "

     Beliau terpaksa menghadapi penentangan yang tidak terhingga banyaknya, dan beliau berikrar kepada Tuhan seperti berikut, "Sungguh pada Tuhanku yang Maha Melihat segalanya dan tidak ada yang tersembunyi, jika Engkau melihat bahawa aku tidak taat dan zalim, jika Engkau melihat bahawa aku kejam, maka musnahkanlah aku sehingga menjadi SERPIHAN. Dan redalah kepada musuh-musuhku dan gembirakanlah hati mereka. Dan penuhilah segala keinginan mereka dengan Rahmat-Mu. Hujanilah rumahku dengan api, jadilah MUSUH-ku dan musnahkanlah misiku."

     Misi beliau adalah untuk menyatukan umat manusia, menarik mereka ke arah Pencipta, menghapuskan kesemua salah fahaman terhadap Islam dan menzahirkan keindahan Islam hakiki.

Tuhan telah mengurniakan kejayaan besar kepada beliau dan juga komunitinya (Jamaat Muslim Ahmadiyah) yang sejak dahulu berjuang, berkorban dan menghadapi kesusahan kini telah tersebar ke lebih dari 200 buah negara dengan jutaan pengikut.

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis30 Jan 2020
ISBN9781393742784
Sumpah Demi Tuhan

Terkait dengan Sumpah Demi Tuhan

E-book terkait

Islam untuk Anda

Lihat Selengkapnya

Kategori terkait

Ulasan untuk Sumpah Demi Tuhan

Penilaian: 0 dari 5 bintang
0 penilaian

0 rating0 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

    Pratinjau buku

    Sumpah Demi Tuhan - Bashiruddin Alladin

    Orang yang berhati bersih tidak memerlukan banyak mukjizat

    Cukup satu tanda, jika dalam hati terdapat rasa takut pada sang Pencipta

    SUMPAH DEMI TUHAN

    Dikutip dari tulisan

    Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad Sahib Qadiani as

    Al-Masih Yang Dijanjikan dan Pembaharu Akhir Zaman

    Penyusun

    Bashiruddin Alladin

    Hyderabad, India

    Diterbitkan oleh: Rashid Mohamed Alladin

    © Bashiruddin Alladin, 2020

    Penerbit: RASHID MOHAMED ALLADIN

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan risalah ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara lain sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penulis.

    Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad as

    Al-Masih Yang Dijanjikan dan Pembaharu Akhir Zaman

    (1835 – 1908)

    PRAKATA

    ALHAMDULILLAH SAYA yang lemah ini diberikan kurnia menerbitkan buku yang terisi dengan kumpulan ucapan-ucapan sumpah demi nama Allah Ta’ala yang diucapkan oleh Hadhrat Masih Mau’ud as yang dikutip dari berbagai tulisan beliau as. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan supaya orang-orang yang memiliki rasa takut kepada Allah Ta’ala dapat membacanya dan mengetahui kebenaran beliau as. Saya yang lemah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat. Dr Muhammad Husein Sahib Sajid dan Yang Berhormat. Rashid Mohamed Alladin Sahib, kerana berkat dukungan yang sangat berharga dari beliau-beliau, sehingga Allah Ta’ala memberikan taufik-Nya untuk dapat menerbitkan buku ini. Jazakumullah Ahsanal Jaza. Sangat disayangkan, Dr Muhammad Husein Sahib telah wafat pada 25 Mei 1988 sebelum buku ini berhasil diterbitkan. Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun. Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan maghfirah-Nya kepada almarhum dan meninggikan darjat beliau setinggi-tingginya dan menganugerahkan tempat yang dekat dengan Yang Mulia Hadhrat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan Yang Mulia Hadhrat Masih Mau’ud ‘alaihissalam. Aamiin. Semoga Allah Ta’ala juga menjaga dan melindungi isteri almarhum, Siddiqa Begum Sahiba (Binti Seth Ali Muhammad Alladin Sahib) dan putera-puteri beliau yang masih kecil dan maksum dan juga semoga Allah Ta’ala melindungi dan menjaga kita semua. Aamiin.

    Atas dasar keinginan keras almarhum Dr Sahib, saya telah meminta Almarhum Dr Khalil Ahmad Sahib Nasir untuk memberikan judul buku ini. Saya yang lemah mengenal beliau pada masa bangku sekolah dulu. Beliau seorang yang mukhlis dan memiliki ghairat kecintaan yang dalam kepada Islam dan Ahmadiyah. Semoga Allah Taala menganugerahkan maghfirah kepada kedua almarhum tersebut dan meninggikan darjat beliau setinggi-tingginya. Aamiin.

    Terakhir, saya yang lemah menyampaikan permohonan doa, semoga Allah Ta’ala menerima usaha yang tak seberapa ini dan memberikan taufik kepada hamba untuk terus mengkhidmati agama dan menganugerahkan kehidupan akhir yang baik. Aamiin.

    Mohon doa,

    Bashiruddin Alladin

    Sekretari Tabligh dan Tarbiyat

    Jemaat Ahmadiyah Sikandarabad

    30 November 1988

    KATA PENGANTAR

    UMAT MUSLIM PADA UMUMNYA berkeyakinan bahawa di akhir zaman ini Hadhrat Isa Bin Maryam akan turun dari langit dengan tubuh kasarnya dan berkeyakinan juga bahawa Hadhrat Imam Mahdi as akan datang dari antara umat Muhammadiyah. Mereka berdua akan bersama-sama menyebarkan agama Islam. Seakan-akan umat muslim sedang menunggu kedatangan dua wujud rohani tersebut di akhir zaman ini. Namun terbukti dari kitab-kitab hadith sihah sittah bahawa Hadhrat Isa Bin Maryam as yang merupakan Wa Rasuulan ilaa Bani Israil (surah Ali-Imran), telah wafat seperti halnya para nabi lainnya sekitar 2000 tahun lalu. Beliau as tidaklah naik ke langit dengan jasad kasarnya, tidak hidup di langit dan tidak

    Menikmati pratinjau?
    Halaman 1 dari 1