Temukan jutaan ebook, buku audio, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

Rahsia Seorang Usahawan
Rahsia Seorang Usahawan
Rahsia Seorang Usahawan
eBook76 halaman1 jam

Rahsia Seorang Usahawan

Penilaian: 4.5 dari 5 bintang

4.5/5

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

Pernah tak kita fikir, kenapa ada orang yang berjaya dan ada orang yang biasa-biasa saja. Adakah ini “takdir”? Adakah ini “redha”?

Ada orang yang nak meningkatkan tahap kapasiti kewangan diorang. Jadi, ada yang memulakan bisnes. Bagus, satu usaha yang menarik. Tapi berapa pasti usaha ini akan berjaya? Macam mana nak pastikan? Macam mana nak tahu yang kita ni ke arah kejatuhan?

Sesiapa saja boleh jadi seorang businessman. Kita gi beli produk orang lain dan jual balik pada orang lain, kita dah jadi seorang businessman. Tapi tak ramai orang boleh jadi “business manager” yang baik. Sebagai seorang usahawan kita bukan saja kena tengok pada jualan, kita harus menguruskan pemasaran, kewangan, sumber manusia, dan lain-lain. Semua ini berlaku serentak pada masa yang sama.

Nak jadi hebat bukan senang. Tapi kalau kita Cuma pentingkan kesenangan saja, sampai bila-bila pun kita takkan jadi hebat. Dalam buku ini saya perkongsikan banyak perkara yang kita boleh renungkan dan praktikkan untuk menjadi seorang yang hebat dan secara khususnya, menjadi seorang usahawan yang hebat.

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis11 Jan 2019
ISBN9780463038192
Rahsia Seorang Usahawan
Penulis

Izaiha Zainol

Izaiha Zainol pemegang ijazah Sarjana Muda Perniagaan dalam jurusan Pemasaran & Pengurusan dari La Trobe University Bendigo, Australia. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman berniaga di dalam beberapa industry seperti ICT, Broadcasting, Pembangunan & Pengurusan Resort & Hartanah, Latihan, Travel & Tours, dan Bio-tech.

Terkait dengan Rahsia Seorang Usahawan

E-book terkait

Pengembangan Diri untuk Anda

Lihat Selengkapnya

Ulasan untuk Rahsia Seorang Usahawan

Penilaian: 4.378378378378378 dari 5 bintang
4.5/5

37 rating4 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

  • Penilaian: 5 dari 5 bintang
    5/5
    Buku yang sangat bagus dan membantu jadikan masukkan. Rekomendasi banget.
  • Penilaian: 5 dari 5 bintang
    5/5
    easy to understand, suitable for starting a business. good book
  • Penilaian: 5 dari 5 bintang
    5/5
    Sangat luar biasa apa yg di kisahkan dan byk bisa kita pendomani dalam memjalankan usaha
  • Penilaian: 5 dari 5 bintang
    5/5
    Dah baca habis. Semoga Tuan halalkan ilmu yang dikongsi. Terima kasih.

    2 orang merasa ini bermanfaat.

Pratinjau buku

Rahsia Seorang Usahawan - Izaiha Zainol

Rahsia Seorang Usahawan

By Izaiha Zainol

Published by Izaiha Zainol at Smashwords

Copyright 2019 Izaiha Zainol

Smashwords Edition License Notes

This ebook is licensed for your personal enjoyment only. This ebook may not be re-sold or given away to other people. If you would like to share this book with another person, please purchase an additional copy for each recipient. If you’re reading this book and did not purchase it, or it was not purchased for your enjoyment only, then please return to Smashwords.com or your favorite retailer and purchase your own copy. Thank you for respecting the hard work of this author.

Table of Contents

Prolog

Rahsia Manusia Hebat

Nak Kaya, Tapi…

Kenapa Nak Jadi Usahawan?

Syarat Wajib Seorang Usahawan

Tengok Sikap Anda

Boleh Tahan Atau Tak Boleh Tahan?

Nak Berniaga, Jangan Buat Ni

Mentor Menti

Yang Mana Satu ?

Nak Buat Bisnes, Tapi Apa ?

Cerita Lain, Jadinye Lain

Dengar Tak ?

Senjata Senyum

Frust Dengan Social Media Marketing

Cara Membuat Perancangan Social Media Marketing

Testimoni Produk

Alamak Jatuh !

How’s Business ?

Masa Depan Anda, Pilihan Anda

Kegagalan Ialah Satu Pelajaran

Failure Is Not The End

Mengenai Pengarang

Buku Lain Oleh Izaiha Zainol

Berhubung Dengan Izaiha Zainol

Prolog

Pernah tak kita terfikir, kenapa ada orang yang berjaya dan ada orang yang biasa-biasa saja.

Adakah ini takdir? Adakah ini redha?

Ada orang yang nak meningkatkan tahap kapasiti kewangan diorang. Jadi, ada yang memulakan bisnes. Bagus, satu usaha yang menarik. Tapi berapa pasti usaha ini akan berjaya? Bisnes ni cum ada dua arah, naik atau turun. Ada yang sebelum berniaga, kewangan dia OK. Tapi lepas buat bisnes, terus ada hutang beratus-ratus ribu ataupun bankrap.

Macam mana nak pastikan? Macam mana nak tahu yang kita ni ke arah kejatuhan?

Sesiapa saja boleh jadi seorang businessman. Kita gi beli produk orang lain dan jual balik pada orang lain, kita dah jadi seorang businessman. Tapi tak ramai orang boleh jadi business manager yang baik. Maksudnya, sebagai seorang usahawan kita bukan saja kena tengok pada jualan, kita harus menguruskan pemasaran, kewangan, sumber manusia, dan lain-lain. Semua ini berlaku serentak pada masa yang sama.

Nak jadi hebat bukan senang. Tapi kalau kita cuma pentingkan kesenangan saja, sampai bila-bila pun kita takkan jadi hebat. Dalam buku ini saya perkongsikan banyak perkara yang kita boleh renungkan dan praktikkan untuk menjadi seorang yang hebat dan secara khususnya, menjadi seorang usahawan yang hebat.

RahsiaManusia Hebat

Siapa yang tak nak jadi HEBAT, betul tak? Kalau boleh kita nak jadi hebat dalam segala apa yang kita buat. Bila kita bersukan, kita berusaha untuk jadi hebat untuk menang, termasuk juga bila berkawan. Bila kita bekerja, kita berusaha untuk jadi hebat untuk naik pangkat atau dapat bonus.

Tapi macam mana? Macam mana nak jadi hebat?

Sesetengah orang berjaya dalam hidup mereka samada dalam pelajaran, pekerjaan, mahupun perniagaan. Mencapai puncak menara gading. Ada pula yang masih di tampuk yang sama dan ada juga yang lagi teruk keadaannya. Kenapa? Adakah ini yang dikatakan takdir?

Ayat takdir ni memang tak dinafikan lah. Tapi, kita dikurniakan akal dan fikiran untuk berusaha merubah takdir. Allah sendiri berfirman, bahawasanya Dia tidak akan menukarkan nasib seseorang itu sekiranya orang itu sendiri tidak berusaha ke arahnya. Usaha ialah kerja kita, rezeki ialah kerja Allah.

Buku ni bukan buku ugama..hehe…dan saya pun tak layak nak bercerita pasai ugama cuma kongsi-kongsi sikit pengetahuan boleh lah.

OK, jadi macam mana nak jadi seorang manusia yang hebat?

Cuba kita tengok pada orang yang dah berjaya. Yang berada di puncak. Pernah tak kita fikir, macam mana dia boleh berjaya? Ataupun, lebih hebat daripada kita.. Orang yang berjaya atau pun yang kita panggil manusia hebat ni, diorang buat benda yang kita tak buat.

Contoh…dia dah bangun awal pagi…kita masih bergolek

Menikmati pratinjau?
Halaman 1 dari 1