Temukan jutaan ebook, buku audio, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN
RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN
RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN
eBook71 halaman39 menit

RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN

Penilaian: 5 dari 5 bintang

5/5

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

Kebiasaannya apa yang menarik Jin, hantu dan Iblis ke sebuah rumah ialah bila ada aktiviti yang dilakukan dalam senyap seperti pemujaan, penyiksaan, pembunuhan atau menyeru kejahatan. Malahan jika hati penuh dengan dendam dan setiap masa inginkan pembalasan maka itu bermakna iblis sudah dijemput masuk ke dalam rumah.

 

Tetapi ada sebuah rumah yang berdiri megah di sebuah kawasan perumahan di hujung jalan yang nampak normal dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang rumah itu berhantu dan tidak selamat diduduki oleh manusia. Namun apa yang ada didalam bangunan itu, apa yang menganggu di sebalik dinding simen amat berlainan sekali. Entiti yang secara totalnya menakutkan bukan kepalang. Bukan disebabkan wajahnya yang menyeramkan tetapi kerana kebencian dan dendam yang mendalam kepada mereka yang ceroboh masuk ke kawasannya. 

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis3 Jun 2020
ISBN9781393823797
RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN
Penulis

Alexander su swi

Su Swi began writing a few years ago with his first ever non fiction book "Sugarcane Plantation In Malaysia And It's a Benefit To Our World". He's also been an electronic guitar musician, a diorama artist, a D.I.Y artist, top of the chart traveling reviewer, private investigator, article writer and author. You can visit him online at his highly regarded and very active Facebook Group page Rumah Seribu Trauma- Himpunan Cerita Paranormal. Besides dabbling in English literature, he also wrote an assembly of success Malay language novels- an outstanding 17 paperback fiction novels in all.  

Penulis terkait

Terkait dengan RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN

E-book terkait

Fiksi Horor untuk Anda

Lihat Selengkapnya

Kategori terkait

Ulasan untuk RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN

Penilaian: 5 dari 5 bintang
5/5

2 rating1 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

  • Penilaian: 5 dari 5 bintang
    5/5
    Cerita yang sangat menarik dan seram giler. Penulis genre seram yg berbakat besar. Cara penulisan yg senang difahami, terselit sedikit lucu tetapi yg pasti seram yg berlainan dari cerita yg pernah sy baca. Mulai hari ini, alexander su akan menjadi penulis kegemaran sy. Keep it up

Pratinjau buku

RUMAH LAMA DI HUJUNG JALAN - Alexander su swi

BAB SATU

Sebuah rumah jika difikirkan secara terbuka amat menyerupai sifat manusia, mampu mempamerkan kejahatan mereka dengan hanya sekali pandang. Adakalanya kita dapat menilai sebuah rumah dengan hanya memandang bahagian luarannya. Kita melihat manusia dengan cara yang sama iaitu dari segi pakaian dan bagaimana mereka berinteraksi dengan kita. Selalunya kita tahu samada orang itu baik atau tidak selepas mengenali mereka. Tetapi bukan semua orang yang bergaya atau kaya jujur dalam hidup.   Ada yang lebih teruk dari   yang tidak mempunyai harta.

Rumah juga demikian. Bukan semua kediaman yang buruk itu berhantu kerana banyak rumah didalam kawasan mewah mempunyai masalah malahan lebih teruk. Semuanya terpulang kepada orang yang tinggal di rumah tersebut.

Islam adalah salah satu agama yang banyak menyentuh tentang rumah yang dikatakan dihuni oleh makhluk selain dari manusia. Malahan jika difahami dengan jelas, kebersihan bukan lah penyebab sebuah kediaman itu diganggu oleh makhluk lain kerana banyak kes dimana rumah yang dijaga rapi oleh pemiliknya menjadi medan tarikan gangguan. Kebiasaannya apa yang menarik Jin, hantu dan Iblis ke sebuah rumah ialah bila ada aktiviti yang dilakukan dalam senyap seperti pemujaan, penyiksaan, pembunuhan atau menyeru kejahatan. Malahan jika hati penuh dengan dendam dan setiap masa inginkan pembalasan maka itu bermakna iblis sudah dijemput masuk ke dalam rumah.

Tetapi ada sebuah rumah yang berdiri megah di sebuah kawasan perumahan di hujung jalan yang nampak normal dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang rumah itu berhantu dan tidak selamat diduduki oleh manusia. Namun apa yang ada didalam bangunan itu, apa yang menganggu di sebalik dinding simen amat berlainan sekali. Entiti yang secara totalnya menakutkan bukan kepalang. Bukan disebabkan wajahnya yang menyeramkan tetapi kerana kebencian dan dendam yang mendalam kepada mereka yang ceroboh masuk ke kawasannya.

Rumah warna putih yang terletak di penghujung jalan berdekatan dengan taman permainan serupa dengan 178 rumah teres dua tingkat yang dibina di kawasan ini. Ia mempunyai tingkap yang sama saiz dengan rumah di hadapan atau tepi, balkoni yang sama tingginya dengan rumah yang lain....mengadap kawasan berumput tepi rumah dimana pemilik boleh menanam bunga di dalam pasu sebagai perhiasan. Pintu depan rumah juga sama berwarna coklat tua dibuat dari kayu yang bermutu tinggi hinggalah ke bahagian luar rumah yang di cat dengan warna putih krim kekuningan. Ini juga sama dengan semua pemilik rumah yang lain kerana memang sudah tertulis dalam kontrak yang warna rumah tidak boleh di ubah walaupun oleh pemilik sendiri. Ini sebabnya kawasan sekeliling perumahan ini nampak begitu teratur dengan warna rumah yang sekata dari hujung jalan masuk hingga lah rumah yang terakhir.

Tetapi rumah yang seiras dengan jiran jiran yang lain ini sebenarnya amat - berlainan sekali. Pengalaman mereka yang pernah menyewa di rumah ini persis sebuah novel seram ilham penulis terkenal Stephen King. Tetapi ada yang mengatakan jika Stephen King sendiri menjalani ujian didalam rumah ini nescaya dia tidak akan mampu menulis lagi kerana dia mungkin meninggal akibat sakit jantung atau gila kerana terlalu takut. Ada yang lari meninggalkan rumah yang mereka sewa hanya sehari. Ada yang bertahan selama 30 hari. Selalunya seminggu. Ada yang berkata mereka sangup mati jika dipaksa balik semula. Ada yang lari di waktu malam ketika jiran jiran lena dibuai mimpi.... esoknya dijumpai terlantar di taman permainan depan rumah yang mereka sewa, kesejukkan kerana hanya berseluar dalam. Ternyata kegerunan mereka mengatasi segalanya kerana ada juga yang berbogel semasa ditemui, lari meninggalkan rumah bila gangguan datang ketika mereka sedang mandi. Lantas lari dengan rambut yang penuh buih shampoo dan badan yang dibasahi sabun.

Jiran berdekatan rumah di hujung jalan ini sudah sedia maklum dengan gangguan yang akan dihadapi oleh penyewa baru. Oleh itu jika mereka nampak orang berlari laju meninggalkan rumah di tengah malam, mereka akan datang membantu dengan mempelawa mereka  tempat untuk menunggu sehingga hari siang atau pinjamkan selimut untuk menutup tubuh yang kesejukkan. Namun rata ratanya akan meninggalkan rumah dengan barangan mereka masih di dalam, sumpah

Menikmati pratinjau?
Halaman 1 dari 1