Temukan jutaan ebook, buku audio, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)
NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)
NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)
eBook198 halaman2 jam

NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)

Penilaian: 0 dari 5 bintang

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

Tuhan membawa orang Israel keluar Mesir dan membimbing mereka ke Tanah Kanaan yang melimpah dengan susu dan madu. Begitu juga, Dia inginkan semua orang mempunyai iman sejati dan menikmati rehat yang kekal dalam kerajaan syurga yang indah. Selain itu, Dia ingin setiap seorang daripada kita memiliki iman yang menyenangkan Tuhan agar kita boleh men

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis15 Feb 2024
ISBN9791126311309
NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)

Terkait dengan NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)

E-book terkait

Kristen untuk Anda

Lihat Selengkapnya

Kategori terkait

Ulasan untuk NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition)

Penilaian: 0 dari 5 bintang
0 penilaian

0 rating0 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

    Pratinjau buku

    NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH(Malay Edition) - Jaerock Lee

    Jadual Isi Kandungan

    cover

    title

    copyright

    Prolog

    Bab 1 Bawa Umatku daripada Tanah

    Bab 2 Akan aku Jadikan Kau sebagai Tuhan

    Bab 3 Kau Akan Tahu Bahawasanya Akulah TUHAN Kamu

    Bab 4 Jika TUHAN Senang dengan Kita

    Bab 5 TUHANmu Bersama dengan Kamu

    Bab 6 Mereka Merentas Yordan atas Tanah Kering

    Bab 7 TUHAN Telah Mengurniakan Kamu Bandar

    Bab 8 Mereka Telah Melanggar PerjanjianKu

    Bab 9 Matahari dan Bulan Berhenti Berputar

    Bab 10 Serahkan Negara Berbukit Ini Kepada Aku

    Bab 11 Ia Akan Jadi Milikmu

    Bab 12 Bagi Aku dan Isi Rumahku, Kami Akan Menyembah TUHAN

    Epilog

    Penulis

    backcover

    logo

    cover.jpgtitle

    NEGERI DENGAN SUSU DAN MADU YANG MELIMPAH RUAH

    oleh Dr. Jaerock Lee

    Diterbitkan oleh Urim Books (Wakil: Johnny. H. Kim)

    235-3, Guro-dong 3, Guro-gu, Seoul, Korea

    www.urimbooks.com

    Hak cipta terpelihara. Buku ini atau sebahagian daripadanya mungkin tidak akan diterbitkan semula dalam mana-mana bentuk, disimpan dalam sistem pengambilan, atau dihantar dalam sebarang bentuk atau apa-apa cara, elektronik, mekanikal, salinan rekod atau selainnya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu bagi penerbit.

    Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, semua petikan Kitab Suci yang diambil dari Kitab Suci, NEW AMERICAN STANDARD BIBLE, ®, Hak cipta © 1960, 1962, 1963, 1968, 1971, 1972, 1973, 1975, 1977, 1995 oleh The Lockman Foundation. Digunakan dengan kebenaran.

    Hakcipta ⓒ 2010 oleh Dr. Jaerock Lee

    ISBN: 979-11-263-1130-9 (ebook)

    Hak Cipta Penterjemahan ⓒ 2008 oleh Dr. Esther K. Chung. Digunakan dengan kebenaran.

    Sebelum ini disiarkan dalam bahasa Korea dengan Urim Books, Seoul, Korea pada tahun 2007

    Pertama Diterbitkan Julai 2009

    Disunting oleh Dr. Geumsun Vin

    Direka bentuk oleh Biro Pengarang bagi Urim Books

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi: urimbook@hotmail.com

    Prakata

    Buku sejarah yang menulis tentang fakta bersejarah negara seringkali menjadi panduan yang bagus bagi generasi manusia yang seterusnya. Selain itu, novel yang berdasarkan fakta bersejarah juga disukai ramai. Saya juga belajar tentang peperangan, kerjasama, strategi orang yang berbeza dan sikap hati mereka dengan membaca novel klasik Cina Asmara Tiga Kerajaan.

    Tetapi, rekod bersejarah dan panduan yang terhebat dan terbaik bagi kehidupan kita adalah kitab Injil. Daripada penciptaan dunia hingga perkara yang akan terjadi pada masa hadapan, kitab Injil mengandungi sejarah manusia daripada awal hinggalah akhir.

    Tuhan memilih orang Yahudi dan menjadikan mereka model persediaan manusia. Dia akan menunjukkan mereka cintaNya untuk membimbing mereka ke kerajaan indah syurga. Lebih-lebih lagi rekod tentang penaklukan Tanah Kanaan yang tertulis dalam lima kitab iaitu Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangandan Yosua mengandungi kasih Tuhan yang tidak berpenghujung dan keinginan ikhlasNya untuk kita menjadi suci dan dikuduskan.

    Pemimpin Keluaran, Musa dan pewarisnya, Yosua beriman dengan Tuhan maha kuasa. Mereka menurut ketentuan Tuhan dan menunjukkan tanda-tanda dan kebesaran yang hebat. Mereka mengagungkan Tuhan dengan kejayaan yang mereka capai. Perkara yang bertentangan pula berlaku pada Firaun dan menterinya yang tidak menerima Tuhan sang Pencipta. Mereka bukan sahaja tidak menerimaNya, bahkan mereka menentangNya. Akhirnya, mereka ditimpa bala dan sumpahan.

    Tuhan sememangnya Pakar sejarah yang mengawal kehidupan, kematian, nasib dan musibah individu dan juga kebangkitan serta kejatuhan negara.

    Tetapi apakah sebab Tanah Kanaan digelar tanah yang melimpah dengan susu dan madu?

    Kejadian 10:19 berkata, Daerah orang Kanaan adalah dari Sidon ke arah Gerar sampai ke Gaza, ke arah Sodom, Gomora, Adma dan Zeboim sampai ke Lasa. Tanah Kanaan merangkumi semua tanah di belah barat Sungai Yordan.

    Kini, ia digelar 'Palestin.' Tidak seperti padang gurun Mesir, ia mempunyai air yang melimpah-ruah dan tanah yang subur. Haiwan ternakannya boleh menghasilkan susu dan tanahnya dipenuhi dengan bunga mekar agar orang dapat mengambil madu. Terdapat juga tanah tandus, tetapi terdapat banyak dataran di beberapa tempat. Berbekalkan iklim sederhana, terdapat buah zaitun, anggur, delima, ara dan rai. Kawasan itu juga mempunyai banyak lembu dan makanan laut.

    Tanah Kanaan juga merupakan Tanah yang Dijanjikan Tuhan (Ulangan 11:9) dan secara rohaninya, ia menyimbolkan kerajaan syurga yang kita ingin miliki. Proses orang Israel bergantung pada janji Tuhan dan menakluk tanah yang melimpah dengan susu dan madu secara simboliknya mewakili pertempuran rohani yang kita hadapi dalam kehidupan Kristian kita.

    Apabila kita melihat pada proses Keluaran, selama empat tahun di padang gurun merentas Sungai Yordan dan menakluk bandar Yerikho dan kemudian Tanah Kanaan, kita boleh lihat pengembaraan hidup menerima penyelamatan dan menuju ke kerajaan syurga.

    Tuhan membawa orang Israel keluar Mesir dan membimbing mereka ke Tanah Kanaan yang melimpah dengan susu dan madu. Begitu juga, Dia inginkan semua orang mempunyai iman sejati dan menikmati rehat yang kekal dalam kerajaan syurga yang indah. Selain itu, Dia ingin setiap seorang daripada kita memiliki iman yang menyenangkan Tuhan agar kita boleh menerima jawapan untuk sebarang pertanyaan kita dan buat segala perkara melalui kuasaNya.

    Buku Tanah yang Melimpah Ruah dengan Susu dan Madu ini menjejak semula jejak Musa dan Yosua apabila mereka berarak dengan hanya berbekalkan iman dan kepercayaan pada janji Tuhan. Saya percaya pembaca akan menerima rahmat dan belajar tentang rahsia menerima jawapan dan keberkatan. Mereka juga akan dapat sedar kepentingan perkara yang tampak remeh dalam kehidupan seharian.

    Saya berdoa dengan nama Tuhan bahawa pembaca akan beriman dengan semua janji Tuhan, menakluki Tanah Kanaan yang kaya dengan susu dan madu dan mengambil bandar Yerusalem Baru secara paksa, tempat tinggal terbaik dalam kerajaan syurga.

    Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Geumsun Vin, Pengarah Biro Penyunting, Manmin Central Church dan pekerja di sana serta Rev. Joong-won Lee bagi bantuannya dan untuk semua orang yang berdoa bagi usaha ini.

    Jaerock Lee

    Bab 1

    Bawa Umatku daripada Tanah

    –Tuhan Menyeru Musa–

    (Keluaran 3:7-8) Dan TUHAN berfirman, Aku telah memperhatikan dengan sungguh kesengsaraan umatKu di tanah Mesir, dan Aku telah mendengar seruan mereka yang disebabkan oleh pengerah-pengerah mereka, ya, Aku mengetahui penderitaan mereka. Sebab itu Aku telah turun untuk melepaskan mereka dari tangan orang Mesir dan menuntun mereka keluar dari negeri itu ke suatu negeri yang baik dan luas, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.

    Kini kita hidup dalam zaman 'kebanjiran pengetahuan dan maklumat,' dan komputer merupakan salah satu alatan utama yang meningkatkan pengetahuan dan maklumat ke dimensi yang lebih maju. Komputer beroperasi mengikut program yang telah dimasukkan.

    Begitu juga takdir Tuhan tentang 'persediaan manusia' yang telah dirancang sejak sebelum masa bermula yang boleh disamakan dengan program; ia telah mula beroperasi sehingga hari ini tanpa sedikit ralat pun. Orang yang dipilih untuk memenuhi takdir Tuhan ini adalah bangsa Israel.

    Pembentukan Negara Israel

    Tuhan merancang takdir 'persediaan manusia' dan mencipta syurga dan bumi dan segala-galanya dalam alam semesta untuk memperoleh anak sebenar yang boleh Dia kongsi dengan cinta sejatiNya. Tuhan mencipta manusia pertama Adam, Dia berjalan bersamanya dan memberikan dia kuasa untuk memerintah dan menundukkan semua benda.

    Adam dan Hawa tinggal di Taman Eden bagi tempoh masa yang lama. Disebabkan mereka tidak memahami kasih sayang Tuhan dengan betul, mereka tidak menyimpan firmanNya dalam hati mereka. Akibatnya, mereka digoda dengan ular untuk makan daripada pohon pengetahuan baik dan jahat. Disebabkan ketidakpatuhan tersebut, mereka dihalau keluar daripada Taman Eden dan perlu hidup sudah dan memerah keringat mereka.

    Dosa manusia hanya bertambah; hinggakan anak lelaki Adam, Kain membunuh adiknya sendiri Habel.

    Pada zaman Nuh, seluruh dunia dipenuhi dengan dosa sehingga Tuhan menyesal mencipta manusia. Akhirnya, Dia membuat keputusan untuk menghukum dunia. Dia membiarkan Nuh, satu-satunya lelaki salih pada zaman tersebut untuk menyediakan bahtera penyelamatan dan memerintahkannya untuk menghantar perkhabaran tentang hukuman.

    Walau bagaimanapun, mereka tidak mendengar kata-kata Nuh. Akhirnya, setiap seorang atas muka bumi kecuali Nuh dan keluarganya dihukum dengan air. Hebatnya, aksara Cina mempunyai jejak insiden ini. Misalnya, aksara bagi 'kapal' adalah ‘船.’ Ini merupakan gabungan 'bahtera' (舟) dengan nombor 'lapan' (八), dan 'mulut' (口).

    Pada hari itu juga masuklah Nuh serta Sem, Ham dan Yafet, anak-anak Nuh, dan isteri Nuh, dan ketiga isteri anak-anaknya bersama-sama dengan dia, ke dalam bahtera itu (Kejadian 7:13).

    Hal ini bermakna lapan ahli keluarga Nuh masuk ke dalam bahtera kerana 'mulut' dalam aksara Cina juga merujuk pada 'mulut yang makan bersama,' yang bermakna 'keluarga.'

    Sememangnya satu tragedi apabila umat manusia jatuh mati disebabkan dosa Adam, tetapi dari segi yang lain pula, ia juga tertulis dalam takdir 'penyediaan manusia.' Tuhan memilih lelaki salih untuk memenuhi takdir ini. Orang itu adalah Abram yang digelar 'bapa keimanan.'

    Dalam 4,000 tahun yang lalu, Tuhan menentukan Abram sebagai bapa keimanan dan memberikannya janji bahawa Dia akan mengurniakannya warisyang tidak terkira. Tuhan menyerunya dan membawanya keluar daripada Ur Kasdim (salah satu bandar utama Mesopotamia purba) dan memberikannya Tanah Kanaan.

    Setelah Lot berpisah daripada Abram, berfirmanlah TUHAN kepada Abram: Pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan barat, utara dan selatan, sebab seluruh negeri yang kau lihat itu akan Ku berikan kepadamu dan kepada keturunanmu untuk selama-lamanya. Aku akan menjadikan keturunanmu seperti debu tanah banyaknya, sehingga, jika seandainya sesiapa dapat menghitung debu tanah, keturunanmu pun boleh dihitung. Bangkit, berjalan-jalan di tanah melalui panjang dan lebarnya; sebab Aku akan memberikannya kepada kamu (Kejadian 13:14-17).

    Lalu [TUHAN] membawa Abram ke luar serta berfirman, Cuba lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menghitungnya. Maka firmanNya kepadanya, Demikianlah banyaknya nanti keturunanmu (Kejadian 15:5).

    Tuhan berfirman pada Abram akan apa yang akan terjadi kepada warisnya. Tuhan memberitahu dia bahawa warisnya akan diperhambakan di Mesir selama 400 tahun dan mereka akan kembali ke Tanah Kanaan.

    Firman TUHAN kepada Abram, Ketahuilah dengan sesungguhnya bahawa keturunanmu akan menjadi orang asing dalam suatu negeri, yang bukan kepunyaan mereka, dan bahawa mereka akan diperbudak dan dianiaya, empat ratus tahun lamanya. Tetapi bangsa yang akan memperbudak mereka, akan Aku hukum, dan sesudah itu mereka akan keluar dengan membawa harta benda yang banyak. Tetapi engkau akan pergi kepada nenek moyangmu dengan sejahtera; engkau akan dikuburkan pada waktu telah putih rambutmu. Tetapi keturunan yang keempat akan kembali ke sini, sebab sebelum itu kedurjanaan orang Amori itu belum lengkap (Kejadian 15:13-16).

    Abram melahirkan anaknya Ishak pada umur seratus tahun. Ishak pula melahirkan Esau dan Yakub. Esau mempunyai hak kelahiran untuk menerima rahmat Tuhan sebagai anak sulung, tetapi dia terlalu lapar sehingga dia menjual hak miliknya kepada adiknya Yakub bagi semangkuk stu lentil (Kejadian 25:30-34).

    Menjual hak kelahiran bukanlah sesuatu yang remeh. Ia membuktikan bahawa Esau tidak kisah akan rahmat bagi anak sulung dan dia juga tidak beriman dengan Tuhan yang mengawal segala-galanya. Tuhan memberikan kita amaran ini agar kita tidak akan menjadi seperti Esau yang tidak bermoral dan bertuhan yang tidak mahukan rahmat rohaniah dan tidak mengendahkan hak kelahiran.

    Janganlah ada orang yang menjadi cabul atau yang mempunyai nafsu yang rendah seperti Esau, yang menjual hak kesulungannya untuk sepiring makanan (Ibrani 12:16).

    Berlainan pula adiknya Yakub yang sangat mengingini rahmat rohani dan mengambilnya secara paksa. Dia cukup licik untuk menipu ayahnya Ishak dan menerima rahmat sebagai anak sulung. Tetapi hatinya mengingini rahmat rohaniah yang lebih elok pada pandangan Tuhan.

    Tuhan merancang untuk memenuhi takdirNya melalui waris Yakub dan memperbaikinya bagi tempoh masa yang lama.

    Yakub meninggalkan rumahnya selama dua puluh tahun, melarikan diri daripada abangnya yang marah dan dia sedar

    Menikmati pratinjau?
    Halaman 1 dari 1