Temukan jutaan ebook, buku audio, dan banyak lagi dengan uji coba gratis

Hanya $11.99/bulan setelah uji coba. Batalkan kapan saja.

Si Pembuat Jam Tangan: Sebuah Novel (Bahasa Malayu)
Si Pembuat Jam Tangan: Sebuah Novel (Bahasa Malayu)
Si Pembuat Jam Tangan: Sebuah Novel (Bahasa Malayu)
eBook71 halaman40 menit

Si Pembuat Jam Tangan: Sebuah Novel (Bahasa Malayu)

Penilaian: 3.5 dari 5 bintang

3.5/5

()

Baca pratinjau

Tentang eBuku ini

— Tanyalah bagaimana anda dapat memenangi satu jam dalam masa —

Mary O'Connor sebenarnya mempunyai permasalahan yang lebih besar daripada kenyataan jam tangannya yang berhenti pada jam 3:57 petang. Apabila dia membawa jam tangannya ke pembuat jam tangan yang baik hati, dia menyedari bahawa dia telah mendapat hadiah yang istimewa, satu peluang untuk kembali satu jam dalam hidupnya. Tetapi Takdir mempunyai peraturan yang tegas tentang seseorang yang kembali ke masa lalu, termasuk amaran yang menyatakan bahawa seseorang tidak akan dapat mencipta paradoks masa. Bolehkah Mary berdamai dengan kesilapan yang dia paling sesali di dunia ini?

“Suatu kisah singkat yang memilukan bertemakan mitos Norse. Waktu adalah suatu anugerah, dan kadang-kadang, sebuah kesempatan terakhir...” —Dale Amidei, penulis

"Sebuah kisah yang sangat mengharukan dan dramatik...jika kita memiliki peluang untuk mengubah masa silam kita, adakah kita mampu melakukannya?" —Ulasan pembaca

"Mendapatkan peluang untuk memperbaiki hal yang paling anda sesali adalah suatu kesempatan yang sangat jarang didapati!” —Ulasan pembaca

Bagaimana jika anda dapat mengulanginya sekali lagi?

*
Kata kunci: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, buku-buku Malaysia, buku-buku Melayu, fantasi, percintaan Malaysia, percintaan Melayu, perjalanan masa, budaya, perkauman, Malaysian, Malay, Malaysian language, Malay language, Malaysian books, Malay books, fantasy, Malaysian romance, Malay romance, time travel, multicultural, racism, second chances, myth,

BahasaBahasa indonesia
Tanggal rilis8 Agu 2017
ISBN9781943036462
Si Pembuat Jam Tangan: Sebuah Novel (Bahasa Malayu)
Penulis

Anna Erishkigal

Anna Erishkigal is an attorney who writes fantasy fiction under a pen-name so her colleagues don't question whether her legal pleadings are fantasy fiction as well. Much of law, it turns out, -is- fantasy fiction. Lawyers just prefer to call it 'zealously representing your client.'.Seeing the dark underbelly of life makes for some interesting fictional characters. The kind you either want to incarcerate, or run home and write about. In fiction, you can fudge facts without worrying too much about the truth. In legal pleadings, if your client lies to you, you look stupid in front of the judge..At least in fiction, if a character becomes troublesome, you can always kill them off.

Baca buku lainnya dari Anna Erishkigal

Terkait dengan Si Pembuat Jam Tangan

E-book terkait

Romansa untuk Anda

Lihat Selengkapnya

Ulasan untuk Si Pembuat Jam Tangan

Penilaian: 3.5 dari 5 bintang
3.5/5

2 rating0 ulasan

Apa pendapat Anda?

Ketuk untuk memberi peringkat

Ulasan minimal harus 10 kata

    Pratinjau buku

    Si Pembuat Jam Tangan - Anna Erishkigal

    Sinopsis

    — Tanyalah bagaimana anda dapat memenangi satu jam dalam masa —

    .

    Mary O'Connor sebenarnya mempunyai permasalahan yang lebih besar daripada kenyataan jam tangannya yang berhenti pada jam 3:57 petang. Apabila dia membawa jam tangannya ke pembuat jam tangan yang baik hati, dia menyedari bahawa dia telah mendapat hadiah yang istimewa, satu peluang untuk kembali satu jam dalam hidupnya. Tetapi Takdir mempunyai peraturan yang tegas tentang seseorang yang kembali ke masa lalu, termasuk amaran yang menyatakan bahawa seseorang tidak akan dapat mencipta paradoks masa. Bolehkah Mary berdamai dengan kesilapan yang dia paling sesali di dunia ini?

    .

    Suatu kisah singkat yang memilukan bertemakan mitos Norse. Waktu adalah suatu anugerah, dan kadang-kadang, sebuah kesempatan terakhir…—Dale Amidei, penulis

    .

    Sebuah kisah yang sangat mengharukan dan dramatik…jika kita memiliki peluang untuk mengubah masa silam kita, adakah kita mampu melakukannya? —Ulasan pembaca

    .

    Mendapatkan peluang untuk memperbaiki hal yang paling anda sesali adalah suatu kesempatan yang sangat jarang didapati! —Ulasan pembaca

    .

    Bagaimana jika anda dapat mengulanginya sekali lagi?

    SI PEMBUAT JAM TANGAN

    (Sebuah Novel)

    oleh

    Anna Erishkigal

    .

    Bahasa Malaysia

    .

    Diterjemahkan oleh Muhammad Saad

    Hak cipta 2012, 2017 oleh Anna Erishkigal

    Hak cipta terpelihara

    Dedikasi

    Aku mendedikasikan buku ini kepada Pakcik Hubert, seorang lelaki yang baik hati yang mengabdikan hidupnya untuk memelihara hal-hal yang kecil namun penuh makna. Kami yakin bahawa syurga akan lebih aman dengan kamu di sana.

    Isi kandungan

    Sinopsis

    Dedikasi

    Perjalanan Mary

    Bab 1

    Bab 2

    Bab 3

    Bab 4

    Bab 5

    Bab 6

    Para Norn oleh H.L.M.

    Para Norn

    Mohon Minta Waktu Anda Sekejap…

    Sertai Kumpulan Pembaca Aku

    Para Pahlawan Dahulu Kala

    Tentang Penulis

    Buku-buku lain

    Hak cipta

    Perjalanan Mary

    Bab 1

    Jam tangan berhenti pada 3:57 petang pada hari Rabu, Januari 29. Ia adalah hari biasa, penuh dengan kebimbangan sama ada aku akan sempat pergi ke perpustakaan di seberang sungai untuk menyelesaikan kertas peperiksaan. Tidak ada perasaan kehilangan atau ketakutan yang luar biasa, kerana aku telah hidup dengan dua emosi tersebut sepanjang hidupku, hanya perasaan seakan-akan aku kehabisan waktu. Aku pasti telah melihat jam tangan itu dua puluh kali lagi sebelum aku menyedari bahawa jam dinding telah bergerak ke masa depan, tetapi jam tangan di pergelangan tanganku tetap terhenti pada 3:57 petang.

    Aku menatap keluar tingkap ketika bas melintasi kilang-kilang tekstil yang berada pada Boardinghouse Park seperti kubu bata merah raksasa. Sebuah paviliun hijau pemburu berdiri terbengkalai dengan berselimutkan salji, ais halus berkilauan dalam kisi seperti air mata malaikat. Josh telah membawa aku ke sana sekali untuk mendengar sebuah konsert yang percuma, ketika masih cukup hangat untuk duduk di luar. Aku menggenggam tanganku ke dadaku dan memaksa diriku untuk melihat keluar tingkap yang bertentangan, berpura-pura melihat ke arah lain supaya lelaki tua Vietnam yang berkedut yang duduk di seberang lorong tidak akan berfikir aku sedang menatapnya.

    Bas itu membelok di hujung sudut, melepasi rumah tiga tingkat tumpangan yang kelihatan tidak jauh dari tempat di sebuah bandar raya yang kini terdiri daripada kedai-kedai dan ruang pejabat. Semasa Revolusi Perindustrian, seluruh generasi wanita telah meninggalkan ladang mereka untuk bekerja di kilang-kilang tekstil sama seperti anak-anak muda hari ini meninggalkan bandar kecil

    Menikmati pratinjau?
    Halaman 1 dari 1